
Anonymous
5 tahun
Kesan suntikan perancang kehamilan
Hi…sy bru mnerima suntikan depo…doc ad bgtau utk tidak bsama dlm tmpoh 2 mggu kerana msih tidak period slps bsalin krana myusu bdn scara eksklusif…ttpi sy telah bsama dlm tmpoh 2 mggu tsebut tp dgn cra buang luar…akn ad ape2 tindak bls x dr ksan suntikan tsebut?trima ksih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap tahap kesihatan anda.
Terdapat beberapa kesan sampingan suntikan perancang.Antaranya ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan mood
- Batu dalam ginjal sekiranya diambil untuk masa yang agak lama
- Meningkatkan keupayaan untuk mendapat masalah osteoporosis
Jikalau puan masih mempunyai keraguan, puan boleh berbincang dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.