
Anonymous
6 tahun
Kesan suntikan perancang
Nama sy Emy berumur 32tahun… Sudah lebih 5 Tahun saya mengambil suntikan perancang Depo selepas sy melahirkan anak bongsu sy pada 2013… Dan selama 4 tahun lebih sy tidak mengalami haid… Appoitment seterusnya untuk suntikan depo ialah pada 8/5/19 tetapi sy bercadang utk berhenti mengambil suntikan tersebut…
Baru2 ini pada hari Sabtu 3/5/19 sy mengalami sakit pinggang yg teruk… Dan keesokkan harinya, keluar cecair berwarna coklat… tetapi x banyak… Cecair itu keluar sekali shj… Selepas itu, tiada… Tetapi pinggang sy masih sakit tp x seteruk pada 3/5/19…
Adakah sy berisiko mendapat penyakit kanser serviks? Selama 5 tahun jg sy tidak pernah terlepas utk buat pemeriksaan papsmear setahun sekali dan keputusan Negatif… Tahun ini sy belum lg membuat pemeriksaan papsmear…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Suntikan perancang boleh membawa beberapa kesan sampingan dan ini haruslah diketahui sebelum mengambil suntikan perancang ini.
Kesan sampingan utama yang bakal dialami oleh wanita yang mengambil suntikan perancang ini ialah:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah dan ini akan membimbangkan wanita tersebut
- Haid mungkin akan mengambil masa dalam setahun untuk kembali kepada kitaran yang biasa
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
- Keguguran rambut, kekurangan nafsu seks, sakit kepala, gangguan emosi
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi/ risiko anda untuk dapat kanser serviks, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.