
Sulit
4 tahun
Kesan suntikan tetanus atau kancing gigi kepada kandungan ketika hamil
Saya berumur 33 tahun dan sedang hamil 28 minggu. Selepas menerima suntikan tetanus yang pertama, saya merasakan yang kandungan saya kurang aktif. Ini adalah hari pertama selepas suntikan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am kerana maklumat yang anda berikan agak terhad. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, suntikan vaksin tetanus (kancing gigi) diberikan kepada wanita yang mengandung bagi mencegah jangkitan tetanus bayi melalui luka tali pusat yang tidak dipotong dengan peralatan yang steril. Vaksin tetanus adalah komponen utama strategi untuk membasmi tetanus ibu dan bayi secara global.
Bagi menentukan dos suntikan, sejarah imunisasi yang terdahulu adalah penting untuk diketahui. Sekiranya seorang wanita mempunyai 1-4 dos suntikan tetanus pada masa lalu, dia hanya perlu menerima satu dos suntikan pada setiap kehamilan berikutnya hingga total lima dos. Sekiranya seorang wanita hamil belum pernah diberi vaksin, atau jika status imunisasi tidak diketahui, dia harus menerima dua dos vaksin yang mengandung toksoid tetanus satu bulan selain dos kedua yang diberikan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kelahiran. Dua dos ini melindungi daripada jangkitan tetanus selama 1-3 tahun pada kebanyakan orang. Dos ketiga disyorkan enam bulan selepas dos kedua, yang memberi perlindungan sekurang-kurangnya lima tahun. Untuk wanita yang pertama kali diberi vaksin tetanus semasa kehamilan harus diberikan dua dos lagi setelah dos ketiga, pada dua tahun berikutnya atau selama dua kehamilan berikutnya.
Vaksin tetanus terdiri daripada toksin Clostridium tetani yang telah dibuang sifat toksiknya dan bahan adjuvant yang ditambah kepada vaksin untuk meningkatkan tindak balas imun badan. Ianya vaksin yang selamat dan juga ia boleh diberikan bersama vaksin yang lain. Setelah suntikan tetanus, anda mungkin akan merasakan beberapa kesan sampingan, seperti sakit, kemerahan, atau bengkak dikawasan suntikan, demam, dan sakit kepala. Namun, kesan sampingan ini tidak selalu muncul dan bisa hilang dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius (yang mana ianya jarang terjadi), saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor. Antara gejala kesan sampingan yang serius adalah seperti:
- sesak nafas
- kejang
- sembelit
- mual
- muntah
- jantung berdebar-debar
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih