
Anonymous
6 tahun
Kesan terhadap kandungan?
Saya wanita hamil 18minggu yang mengambil prednisolone kerana asthma baru2 ini. Saya risau akan kandungan saya apa2.

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Berdasarkan keterangan anda, anda sedang dirawat bagi masalah asma yang anda hadapi. Biasanya steroid seperti Prednisolone hanya diberikan untuk jangka masa pendek. Penggunaan steroid pada masa yang singkat tidak menjejas kesihatan kandungan, tetapi memberi kesan sampingan jika menggunakan pada tempoh yang lama.
Sekiranya anda mengalami masalah kadar gula dalam darah yang tidak terkawal apabila mengambil ubat ini, saya sarankan untuk anda mendapatkan nasihat lanjut tentangnya.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.