
Sulit
4 tahun
Kesan ubat tranexamic acid
saya ada keluar darah period yang berpanjangan… kemudian telah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan… dan doktor telah berikan saya ubat TRANEXAMIC ACID… adakah ubat ini akan bagi kesan apa apa dekat saya? adakah ubat ini susah untuk saya hamil? saya bimbang doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tranexamic acid adalah merupakan sejenis ubat yang berfungsi menghentikan perdarahan (haemostatik).
Tranexamic acid biasanya digunakan untuk merawat beberapa keadaan berikut, seperti:
- Sebarang perdarahan aktif
- Perdarahan rahim abnormal
- Herditary angioedema (penyakit keturunan yang ditandai dengan pembengkakan bahagian tubuh)
- Haemofilia (masalah pembekuan darah)
Ubat ini bekerja dengan menghalang fibrinolisis, iaitu proses tubuh yang menghlang pembekuan darah. Secara ringkas, ia meghalang darah menjadi cair. Justeru, ini bermaksud ubat ini tidak menganggu hormon seksual sehingga anda tidak perlu khuatir kerana ubat ini tidak menganggu haid dan kehamilan.
Andainya terdapat keraguan tambahan dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.