Sulit
4 tahun
Kesan vaksin 2nd dose sinovax
Hi dr, saya penerima dos kedua sinovax pada 04.08.2021. selepas 3 hari 07.08.2021 saya mengalami pening kepala dan demam. saya mengambil ubat paracetamol. sehingga 09.08.2021 demam saya beransur pulih namun tekak saya terasa kering dan hidung tersumbat. Adakah ini normal bagi penerima dos kedua vaksin?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk pengetahuan anda,kesan sampingan Covid-19 bagi seseorang berbeza mengikut individu.
Banyak dilaporkan simptom-simptom yang dinyatakan oleh anda.
Anda disarankan untuk mendapatkan rawatan yang berpatutan jikalau simptom-simptom anda berlarutan.
Tolong memastikan anda memakai pelitup muka dan membasuh tangan dengan prihatin.
Namun demikian,terdapat beberapa simptom bahaya yang perlu diambil berat.
- Sakit kepala yang teruk dan berlarutan
- pengsan atau sawan
- Sakit pada bahagian perut yang teruk dan berlarutan
- Sakit dada yang berlarutan
- Kaki bengkak
- Sesak nafas yang teruk dan berpanjangan
Sila rujuk kepada doktor atau ke hospital segera jika mengalami gejala ini atau masih mempunyai simptom-simptom seperti yang anda menyatakan.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























