
Sulit
3 tahun
Kesan vaksin astrazeneca
Assalamualaikum, 2 june lepas pasangan saya telah mengambil suntikan vaksin az. Dia ada mengalami masalah bengkak di bahagian leher dan lenguh dibahagian lengan kiri. Adakah itu kesan sampingan daripada vaksin atau masalah kesihatan lain? Boleh doktor berikan pendapat? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Soalan yang ada ajukan adalah berkenaan kesan sampingan vaksin dan anda ingin mengetahui sama ada kesan yang dialami oleh pasangan anda adalah normal ataupun tidak.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang boleh berlaku adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Biasa berlaku:
- Merah, bengkak/lebam, gatal atau sakit pada kawasan suntikan
- Keletihan
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Loya
- Demam
- Sakit otot
Jarang berlaku:
- Bengkak kelenjar
- Sakit anggota badan
- Pitam
- Kurang selera makan
- Sakit perut
Anda juga dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini