Sulit
2 tahun
Kesan vaksin dos kedua?
Sy telah lengkapkn dos kedua vaksin pd 5 julai . vaksin pfizer…untuk dos pertama,tiada kesan apa² kecuali denyut pada tmpt cucuk…untuk yang kedua,kadang² trasa senak dibahagian dada…kadar dentyutan nadi normal…85-95 masa biasa.untuk makluman,sy on medication hyperthyroidism. Terima kasih doktor…
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan selepas menerima vaksin COVID-19. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan sampingan seperti demam ringan, sakit kepala dan keletihan selepas menerima vaksin COVID-19 adalah normal terutama setelah anda menerima suntikan kedua. Ini merupakan tanda bahawa tubuh mula membentuk pertahanan antibodi terhadap virus COVID-19. Akan tetapi, tidak semua orang akan mengalami kesan sampingan dan jika anda tidak memiliki kesan sampingan, itu juga baik, bukan bermaksud vaksin itu tidak aktif. Hal ini kerana ia berkaitan dengan tindak balas sistem tubuh yang berbeza setiap individu.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.