
Sulit
3 tahun
Kesan vaksin ke atas pesakit Athma
Salam sejahtera Dr.,
Saya ingin mendapatkan kepastian sama ada saya boleh mengambil vaksin covid-19.
Berikut adalah butiran diri & laporan ringkas sejarah kesihatan saya:
Umur: 51 tahun
Jenis Asthma: Chronic Bronchial Athma (genetic - dr. ibu)
Jenis Ubat: Salbutamol 2mg / Inhaler Ventolin / Inhaler Becotide
Untuk makluman doktor, saya ada membaca artikel dari Jurnal Perubatan tentang kesan vaksin ke atas pesakit Athma - keputusannya, data yang ada tidak dapat memberi konklusi menyeluruh disebabkan data klinikal yang melibatkan pesakit Athma adalah terlalu sedikit.
Moga doktor dapat memberi penjelasan tentang hal ini bagi membantu saya untuk membuat keputusan tentang pendaftaran & kesesuaian pengambilan vaksin untuk pesakit berisiko seperti saya.
Terima kasih.
-idah-

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda. Berdasarkan kenyataan anda, individu yang mempunyai masalah asma boleh mengambil vaksin COVID-19 tetapi perlulah melakukan pemeriksaan secara menyeluruh terutama sejarah alahan.
Mengikut garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, berikut merupakan individu yang dikecualikan daripada menerima vaksin COVID-19:
- Pernah mendapat jangkitan COVID-19 baru-baru ini. Bekas pesakit COVID-19 boleh mengambil vaksin tersebut 90 hari setelah mendapat jangkitan.
- Ibu mengandung, merancang untuk mengandung atau menyusukan anak
- Mengalami alahan terhadap sebarang jenis vaksin atau bahan yang digunakan untuk membuat vaksin
- Mendapat reaksi alahan setelah mendapat suntikan pertama vaksin COVID-19
- Individu yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti kanser atau pesakit HIV
Namun begitu, kriteria-kriteria diatas perlu dirujuk dan disiasat dengan teliti terlebih dahulu dan suntikan diberikan berdasarkan konsultasi dan pendapat doktor mengenai status individu tersebut.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini