Promosi eFarmasi Terkini Konsultasi bersama Pakar
Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan vaksin sinovac

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 20, 2021 6:08 PM
Sulit 30 hari

Hai. Saya bertanyakan soalan ini untuk suami saya . Suami saya mendapatkan vaksin sinovac kedua2 dose pd Julai lalu namun sehingga ke hari ini , anggota badan beliau sakit2, dan sakit hanya terjadi dari waktu maghrib sehingga ke pagi esoknya. Kaki kebas, adakala pinggang sakit, dn ngantuk yang teramat ngantuk. Sy sgt risau melihat keadaan suami sy. Mohon doktor berikan penjelasan kenapa terjadinya hal ini. Oh ya , dia sudah mengambil ujian covid beberapa kali tetapi semua disahkan negatif. Namun, adik beliau disahkan covid dgn tahap kesihatan yg menurun sehingga sesak nafas dalam 2minggu belakangan ini.
Dan sejujurnya urusan adik suami sy hampir 80% diuruskan suami sy asbab ibubapa yg sudah tiada, dan itu merupakan adik bongsu perempuan. Suami sy abang yg sulung dalam keluarga tp dia anak yg kedua,jd sudah menjadi kelaziman suami sy menguruskan adiknya sejak dulu lg. Sewaktu adik nya disahkan positif (zon kuning), suami sy pun turut buat check up sekali lagi dan masih negatif. Sy bersyukur sgt2. Tapi semenjak dia mendapatkan vaksin kedua , sehingga ke hari ini, setiap malam dia akan mengaduh sakit, sakit yg sehingga mampu mengalirkan air mata tp dia gagahkan juga. Dia ada pergi klinik nk jumpa doktor tp atas saranan doktor buat masa ni jgn pergi klinik jika sakit tidak parah asbab kes yg semakin tinggi skrg . Jd dia batalkan niat dn hanya bergantung pada Panadol dan ubat sakit urat shj. Yg mana sesuai dgn sakit yv dialami nya… Adakah solusi atau perubatan yg sesuai untuk suami sy. Sy tak boleh nak describe macamana tinggi kerisauan sy terhadap suami sy. Tolong ya doktor. Terima kasih in advanced.

Dr Sri Viknarajan 30 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan suami anda yang mengalami gejala kaki kebas, sakit pinggang dan selalu berasa mengantuk. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, kajian semasa menunjukkan bahawa kesan vaksin dapat dilihat sehingga 6 minggu selepas divaksin. Ada kemungkinan untuk suami anda mengalami masalah kesihatan yang tidak berpunca daripada kesan vaksin. Masalah kaki kebas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti :

  • Masalah jantung
  • Penyakit kencing manis
  • Masalah saluran darah
  • Masalah saraf
  • Kekurangan vitamin B

Manakala gejala sakit pinggang boleh disebabkan oleh :

  • Kecederaan
  • Masalah buah pinggang
  • Kekejangan otot
  • Posisi badan yang kurang baik

Anda memaklumkan bahawa kesakitan yang suami anda alami adalah teruk sehingga mengalirkan air mata. Kami tidak dapat menyimpulkan punca sebenar masalah suami anda tanpa maklumat tambahan. Oleh itu, kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya masalah suami anda dapat ditangani secepat mungkin. Anda boleh menggunakan khidmat konsultasi atas talian kami untuk berhubung dengan doktor.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

hector-reyes-GrSfB6-OPoY-unsplash%20(1)

Dikemaskini pada: Mon Sep 20 2021 18:08:31 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang vaksin covid-19 secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19

Soalan Teratas



Kategori


Alahan (30) Anemia (55) Asid Refluks (35) Asthma (18) Badan Gemuk (32) Batuk (296) Benjolan Di Kulit (400) Bisul (73) Buasir (241) Cara Berhenti Merokok (45) Chlamydia (11) Cirit Birit (85) Darah Nifas (17) Darah Tinggi (172) Dehidrasi (2) Demam (647) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (54) Derma Darah (21) Ejakulasi Pramatang (199) Ekzema (15) ENT (1124) Fibroid (30) Gallstone (3) Gastrik (66) Gigi & Gusi (554) Gonorea (67) Haid Berlebihan (189) Haid Berpanjangan (893) Haid Lewat (2039) Haid Sakit (241) Haid Tidak Teratur (2485) Hematologi (18) Hepatitis A (3) Hepatitis B (52) Hepatitis C (12) Herpes (90) Hipoglisemia (1) Hipotensi (22) HIV (379) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (3) HPV (43) Insomnia (102) Jangkitan Coronavirus (3370) Jerawat (194) Kahak (113) Kandidiasis (7) Kebas (296) Keguguran (160) Kehamilan (2275) Kencing Manis (235) Keputihan (782) Keputusan Siasatan (86) Keracunan Makanan (16) Kesihatan Am (4866) Kesihatan Am Wanita (781) Kesihatan Kanak-Kanak (1105) Kesihatan Kulit (68) Kesihatan Lelaki (173) Kesihatan Rambut (119) Kesihatan Seksual (2542) Ketinggian (21) Ketuat (66) Kolesterol Tinggi (69) Kulat di Faraj (141) Kurang Berat Badan (93) Kurang Selera Makan (60) Kurap (46) Kutu (7) Lebam (6) Makanan Tambahan (98) Masalah Buah Pinggang (65) Masalah Kencing (1060) Masalah kesuburan (18) Masalah Peluh (77) Masalah Penglihatan (24) Masalah Psikiatri (898) Masalah saraf (14) Masalah Tangan Dan Kaki (579) Masalah Tidur (125) Mati Pucuk (357) Migrain (56) Mual & Muntah (169) Mulut Berbau (18) Najis Abnormal (310) Najis Berdarah (178) Pedih Ulu Hati (98) Pelindung muka (4) Pencegahan Koronavirus (60) Pendarahan Coklat (179) Pendarahan Spotting (240) Penerangan Penyakit (175) Pening Kepala (182) Penuaan (6) Penyakit Jantung (252) Penyakit Kelamin (1162) Penyakit Kulit (1832) Perancangan Keluarga (1219) Pil Perancang Kecemasan (595) Pitam (89) Prosedur Perubatan (218) Psoriasis (18) Sakit Badan (675) Sakit Belakang (190) Sakit Dada (1153) Sakit Kepala (1413) Sakit Lutut (196) Sakit Mata (371) Sakit Mulut (100) Sakit Otot (61) Sakit Payudara (461) Sakit Perut (1741) Sakit Pinggang (240) Sakit Sendi (6) Sakit Tekak (659) Sakit Telinga (101) Sakit Tulang (139) Sakit Tumit (77) Selsema (50) Selsema burung (5) Sembelit (122) Sendawa (51) Sesak Nafas (882) Sifilis (113) Sinusitis (38) Strok (47) Tidak Datang Haid (212) Tidur Berdengkur (10) Tiroid (195) Tonsil (96) Trauma (14) Ubat-Ubatan (672) Ujian Kehamilan (654) Ulser mulut (32) URTI (107) Vaksin COVID-19 (691) Vitamin dan Nutrisi (111) Wabak bubonic (4)