pulaumd
6 tahun
Kesejukan sampai menggigil
Saya mewakili ayah saya…dia sering kesejukan dan rasa mau muntah…biarpun dia rasa kesejukan tapi suhu badannya normal…apakah penyebab kesejukan tu…adakah demam biasa??
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berkemungkinan besar ayah anda berasa ‘seram sejuk’ atau simptom ‘chills and rigors’. Simptom ini ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia)
- jangkitan tibi
- jangkitan saluran pencernaan seperti demam taun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.




































