
Sulit
5 tahun
Kesuburan & Merancang untuk dapat anak
Saya liza berumur 36thn, telah berkawin 7 bulan yang lalu untuk suami ke-2, mempunyai 2 org anak 11 thn & 9 thn. Saya pernah bt D&C kerana keguguran pada 10 thun yang lalu.
Saya ada mengambil Multivitamin + mineral, Asid Folic & Bcomplex utk kesuburan. untuk plan mendapat anak.
saya pernah check kesuburan saya di klinik pakar sakit puan. telur & pernakan saya ok.
mohon bantu saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kesukaran untuk mendapatkan anak boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Faktor wanita - seperti sindrom polisistik ovar, masalah tiub fallopian
- Faktor lelaki - seperti sperma kurang, sperma tidak aktif
- Faktor kesihatan seperti jangkitan dalam rahim, hipertiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda dan suami anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.