
Anonymous
6 tahun
Kesuburan selepas mengambil Suntikan perancang
Dr, saya telah mengambil suntikan perancang 3 bulan. Namun, saya telah skip suntikan seterusnya kerana terlepas tarikh temujanji yang diberi. Dalam tempoh itu saya telah ‘bersama’ dengan pasangan saya. Soalan saya, adakah selepas cukup 3 bulan mengambil suntikan perancang akan terus menjadi subur atau mengambil masa untuk subur kembali?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak puan, bagi pengambilan dos suntikan yang terlepas lebih daripada 2 minggu biasanya amat disarankan untuk mengambil perlindungan tambahan seperti kondom.
Suntikan perancang biasanya berisiko untuk mengambil masa sehingga 10 bulan atau lebih untuk seorang wanita kembali subur selepas berhenti mengambil suntikam.
Namun begitu, setiap teknik perancang kehamilan mempunyai risiko yang kecil untuk seseorang wanita itu hamil. Oleh itu, puan masih mempunyai risiko untuk hamil.
Untuk keterangan lanjut, puan boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk mendapatkan nasihat daripada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Konsultasi anda dengan doktor kami adalah percuma jika anda merupakan ahli Peduli Sihat. Terima kasih.