
Anonymous
5 tahun
Kesuburan untuk mengandung
Saya wanita berumur 30 tahun, saya mempunyai dua orang anak yang berumur 12 tahun dan 9 tahun untuk perkahwinan pertama. Dan saya berkawen semula dua tahun yg lalu selepas 5 tahun menjanda… baru-baru ini, saya mendapati result pregnancy test saya ada double line yang mana satu line tu sangat kabur, Dan dua hari selepas itu saya period. Persoalan saya, apakah rawatan yang saya perlukan untuk usaha mengandung lagi…

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Bagi permasalah ini, puan dinasihatkan untuk mengulangi ujian upt atau terus ke klinik untuk mengesahkan sama ada puan hamil atau tidak. Doktor boleh melakukan ujian lain selain upt seperti:
- Memeriksa paras hormon bhcg
- Melakukan imbasan ultrasound
Selain itu, jika puan didapati mengandung, maka boleh buka buku terus di klinik atau hospital yang sama.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami bagi sebarang persoalan lanjut. Terima kasih.