
Sulit
4 tahun
Kesukaran Bernafas dan Sakit tekak
Pada 16 Mei 2020 saya berkunjung ke Watson Ipoh Bercham. Selepas pulang saya rasa badan lesu, pening kepala, sakit tekak dan kesukaran bernafas sehingga ke hari ini sudah hari ke 4. Namun begitu, saya tidak mempunyai gejala seperti batuk dan suhu saya badan saya tidak mencecah 37 keatas tetapi kadang kadang suhu badan saya ada rasa panas dan biasa biasa sahaja serta rasa macam mahu demam.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sesak nafas secara amnya boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Allergic rhinitis
- Tonsilitis
- Pharyngitis
- Jangkitan bakteria atau virus yang lain
Pening kepala boleh disebabkan oleh:
- Masalah tekanan darah
- Anemia atau kurang darah
- Dehidrasi
- BPV
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.