
Sulit
4 tahun
Kesukaran bernafas ketika dalam keadaan duduk & baring
Saya alami kesukaran bernafas seperti lorong nafas sempit & dada rasa berat bila bernafas & tekak seperti ada sesuatu yg menyebabkan sukar nak telan air liur… buat rasa x selesa… Saya pernah buat check darah & keputusannya saya ada radang hati & Bacaan liver tak cantik, ada kolestrol dgn kencing manis…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sesak nafas.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemungkinan sesak nafas yang anda alami disebabkan oleh penyakit berikut:
- Asma
- Penyakit penyekatan salur nafas (COPD)
- Cecair hidung yang jatuh ke kerongkong ( Postnasal Drip )
- Paru-paru berair ( Pulmonary edema )
- Penyakit tidak bernafas ketika tidur ( Sleep apnea ) yang boleh disebabkan oleh keturunan atau masalah tonsil
- Penyakit jantung seperti Congestive Heart Failure (CHF)
- Salur darah paru-paru tersumbat ( Pulmonary embolism )
- Refluks asid dalam perut
- Penyakit buah pinggang
- Serangan panik atau gangguan stress.
Setiap penyakit yang dinyatakan di atas memerlukan pemeriksaan lanjut di klinik. Oleh itu sekiranya gejala yang anda alami ini berterusan dan mengganggu aktiviti harian anda, sila berjumpa dengan doktor bagi mengetahui tindakan lanjut.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.