
Sulit
5 tahun
Kesukaran bernafas.. nafas pendek dan tak puas
Saya seorang wanita beruasi 22 tahun… saya mengalami kesukaran bernafas. dan sakit bahagian belakang badan. kadang2 nk bernafas tu rasa tak puas… saya rasa nk pergi hospital tapi saya takut dkt hospital tu ada virus… jadi saya tak tahu nak buat macam mana… sy tk pernah keluar negara atau ada kontak dengan pembawa covid… tahun lepas bulan puasa dah kena macam ni… tp doctor kata hnya gastrik biasa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, dada berdebar dan sukar bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan termasuklah:
- Anemia - kurang darah merah
- GERD
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Berdasarkan simptom sukar bernafas anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini