
Sulit
5 tahun
Kesukaran bernafas, pening, sakit tangan kiri dan kanan(sometimes), rasa penat
Assalammualaikum hai, saya wanita dalam 20-an, menghadapi kesukaran bernafas kebelakangan ni. Tangan kiri sakit dan ada masanya tangan kanan sakit. Ada sekali kedua tangan menggeletar. Kadang terasa pening dan penat walaupun tak buat banyak aktiviti.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai gejala kesukaran bernafas, sakit tangan, tangan menggeletar, pening dan penat yang anda hadapi. untuk makluman anda masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang sel darah merah
- kurang kandungan gula
- minuman kaffein berlebihan
- tekanan darah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.