
Sulit
5 tahun
Kesukaran bernafas terasa ketat
hi saya kerap alami kesukaran bernafas sejak tahun lepas telah lama tapi setelah pergi ke klinik atau hospital tiada masalah yang ditemui.dia tidak kerap terjadi tapi bila terjadi dia sukar bernafas yang perlu ditarik panjang melalui mulut…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarka keterangan anda, pihak kami memahami kebimbangan anda tentang gejala kesukaran bernafas yang anda alami. Namun begitu, memandangkan anda telah ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan dan tiada masalah yang ditemui, terdapat kemungkinan kesukaran bernafas yang anda alami merupakan gangguan psikologi seperti anxiety. Selain itu, ia juga boleh berkaitan dengan sistem lain selain paru-paru seperti masalah gastrik atau pedih ulu hati yang boleh menyebabkan kesakitan hingga sukar bernafas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.