
Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas, tidak begitu ketara tetapi kurang selesa
Salam & Greetings Doctor,
Saya berumur 34 tahun. Fyi, sy disahkan +ve covid 19 bermula 11/5 & di arah utk self quarantine dr tarikh tersebut hingga 20/5 dan telah dibebaskan dr quarantine . Hingga hari ini sy rasa sesak nafas. Ada apa2 ubat yg sy boleh ambil utk kurangkan sedak nafas ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh jangkitan COVID-19, namun ia juga boleh diakibatkan oleh kondisi kesihatan yang lain. Antaranya:
- Alahan
- Penyakit refluks: GERD
- Obstructive sleep apnea : gangguan pernafasan ketika tidur
- Anemia
- Asma
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui rawatan/ubat-ubatan yang tepat, punca masalah haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini