
Sulit
4 tahun
Kesukaran membuang air besar, najis berketul
Saya lelaki 18 tahun saya mengalami cirit birit dari bulan lepas dan pada minggu ini saya mengalami kesukaran untuk membuang air besar najis berketul kecil dan sukar keluar saya membaca tentang penyakit ibs dan ia sama seperti saya mengalami iaitu cirit birit najis berlendir dan kuat kentut dan sendawa dan sukar membuang air besar gejala saya semakin menyembuh tapi saya nak tahu cara untuk mengurangkan lagi gejala sukar buang air besar dengan cepat apa rawatan dan makanan sesuai untuk saya ambil dan amal kan dan saya juga kurang mengambil serat dan hanya mengambil nasi dan lauk biasa dan tidak mengambil buah buahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Bantuan kami memlalui platform ini adalah terhad, untuk mengenal pasti masalah yang anda hadapi pemeriksaan dan penilaian yang lebih komprehensif perlu dilakukan. Justeru kami nasihatkan anda untuk berjumpa doktor bagi tujuan pemeriksaan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis ia dinamakan sebagai sembelit. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
- Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung.
- Penyalahgunaan julap.
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut serta pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih