
Sulit
5 tahun
Kesukaran untuk bernafas(chest pain)
Hai…sy lelaki 34thn…mempunyai sakit darah tggi…beberapa hari ini sy tidak berapa sihat,mengalami sukar bernafas(mild), chest pain(kerap ketika baring,terasa spt dada dihempap)rasa sakit yg dlm dibahagian tengah & kiri dada,batuk(mild)tetapi spt sukar utk menelan air liur,hidung spt tersumbat(on&off),sakit² dibahagian kepala,tengkuk,otot²&sendi²(tubuh sentiasa keletihan,walaupun tidak melakukan apa²)…pernah mengalami sakit rahang&bengkak gusi…degupan jantung kadang kala laju(moderate&high)kerap ketika baring & ketika tersadar dr tidur, pernah berpeluh yg banyak ketika tidur…tiada : demam pd suhu yg tggi,muntah&diarrhea…apakah kemungkinannya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu.Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.