
Anonymous
6 tahun
Kesukaran untuk hamil
assalamualaikum…sy ingin bertanya mengenai kesukaran hamil sy…sy melahirkan anak pertma melalui caesar…dan setiap bulan saya haid…adakah ia sukar untuk hamil anak kedua dan seterusnya?? saay harap dr dapat membantu saya…

6 tahun
Waalaikumsalam, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak perkara yang mempengaruhi kehamilan. Antaranya adalah:
- Kadar hormon : kadar hormon boleh dipengaruhi oleh berat badan dan tekanan
- Ovulasi : sesetengah penyakit boleh mempengaruhi ovulasi
- Gaya hidup : merokok boleh memberikan kesan negatif terhadap kehamilan
- Penyakit seperti endometriosis dan ketumbuhan boleh menyukarkan kehamilan
Kelahiran secara ceasar tidak memberi kesan kepada potensi kehamilan seterusnya, namun ia mungkin mempengaruhi cara kelahiran bayi anda yang seterusnya.
Saya sarankan agar anda berbincang dengan seorang doktor bagi mendapatkan maklumat lanjut atau merancang kehamilan anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami yang bertauliah di link ini. Harap membantu. Terima kasih.