
Sulit
5 tahun
Kesukaran untuk menarik dan hembus nafas. Nafas juga menjadi pendek
Saya lelaki berumur 21 tahun saya mengalami kesukaran untuk menarik nafas
. Apabila saya menarik nafas terasa sempit dan tidak puas. Saya telah pergi ke klinik dan mendapat rawatan tetapi masih belum pulih lagi. Saya tiada demam atau batuk

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak dan nafas pendek boleh disebabkan oleh:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit Asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.