
Sulit
3 tahun
Ketakutan dan gelisah melampau
Saya mengalami keadaan dimana saya akan berasa ketakutan melampau. Saya juga dapat merasakan degupan jantung pantas apabila saya terkejut dan takut. Hal ini berlaku kepada saya setelah ada antara ahli keluarga positif covid 19. Sebelum ini saya biasa sahaja.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mengalami masalah keresahan melampau dan jantung berdegup laju. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menunjukkan simptom sebegini. Antaranya adalah:
- Stres/Gangguan tekanan
- Anaemia
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Masalah tiroid
- Masalah atau penyakit jantung
- Kemurungan
- Generalized anxiety disorder
Walaubagaimanapun, senarai di atas hanyalah diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan rawatan atau diagnosis tepat kerana tiada perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta sejarah kesihatan yang lengkap.
Kami faham bahawa gejala ini tiba kerana berlaku sesuatu yang besar pada keluarga anda. Berikut merupakan senarai persatuan yang mungkin dapat memberi sokongan emosi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Untuk pertanyaan serta rawatan lanjut, kami sarankan agar ia diajukan kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.