
Sulit
4 tahun
Ketakutan dengan diri sendiri
Hai doc, sy seorang isteri berumur 30, baru2 ini sy mgalami mslh dgn diri sy sndiri… Xspt sblm2 ni… Sy bole tangani dgn baik tp kali ini sy xdpt menahan amarah sy, sy marah shingga jantung berdebar & ingin mcederakan diri sy sendiri…dlm fikiran yg sangat serabut ingin mlukakan diri dgn benda2 tajam…sy jga tidak tahu knp sy jd mcm nie… Shingga ingin bsendiri. Adakah sy gila doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu ingin mencederakan diri sendiri.
Untuk makluman pihak anda, sukar untuk kami membuat kesimpulan sama ada anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh anda lakukan sekiranya anda berasa ingin mencederakan diri sendiri lagi:
- Hadiri sesi kaunseling mengenai masalah ini dengan pakar psikatri.
- Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
- Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
- Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes penderaan yang perlu diketahui sebelum ia menjadi diluar kawalan.
- Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.
- Mengelakkan tayangan media yang boleh mencenderungi ke arah depressi dan gangguan emosi serta kesihatan mental.
- Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.
- Pastikan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.
Dapatkan rehat yang diperlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami ingin nasihatkan anda untuk sentiasa bersemangat, dan selalu ingat orang sekeliling yang tersayang yang boleh memberikan kebahagiaan kepada anda walaupun sementara. Jangan berputus asa dengan hidup kerana kita lebih bernilai daripada yang kita jangkakan. Jika anda mengalami episod gangguan emosi sehingga boleh terdapat kecenderungan untuk mencederakan diri ataupun orang sekeliling, anda anda boleh menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 60379568145 atau melayari laman web ini untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.