
Sulit
3 tahun
Ketakutan n Stres waktu pagi. Malam tidur ok
Saya stres mesti susah bernafas pastu rilek jap mesti sendawa. Mcm ikan xdpt air rasanya.saya bila ketakutan pulak saya mesti nak muntah².takut mcm terjumpa hantu.naik kereta pun saya rasa takut²(mcm2 saya pkikan). teruk sgt ke penyakit saya ni? apa perlu saya lakukan supaya sihat semula? saya stres dsebabkan jiran perangai cam syaitan.
Saya boleh sembuh x dok?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas keterangan dan soalan yang ditujukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Kami tidak dapat memberikan kata putus mengenai keadaan yang anda alami kerana ia berkaitan dengan masalah mental dan psikologi. Terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Anxiety
- Kurang rehat
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
- Skizofrenia
- Masalah skizoafektif atau skizofrenifiorm
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor pakar psikiatri atau psikologi segera untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda tidak perlu risau kerana keadaan ini boleh dirawat dan dikawal sekiranya anda patuh kepada arahan doktor yang merawat anda. Untuk mengetahui anda mengalami kemurungan atau tidak, persoalan lanjut perlu ditanya kepada anda.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor jika anda mengalami gejala seperti ini:
- Terlalu rimas
- Ketakutan
- Jantung berdebar-debar
- Sesak nafas
- Perasaan tercekik
- Sakit dada
- Sakit perut
- Loya
- Menggigil
- Perasaan hampir mati
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.