aneesdybaa123

5 tahun

Ketakutan Tanpa Punca

Assalamualaikum dan hai … Saya perempuan berumur 23 tahun dan menghidap Major Depressive Disorder . Tapi yang saya keliru , kenapa saya kerap berasa takut yang melampau sehinggakan badan saya rasa suam-suam sejuk . Kemudian saya akan jadi tak tentu arah macam nak lari dari sesuatu . Ia kerap jadi pada waktu malam . Saya sangat takut nak tidur , sebab saya takut saya mati waktu saya tidur . Jantung saya rasa berdebar , tapi bila saya periksa degupan jantung saya , tidak pula laju degupan jantung saya . Badan saya selalu sejuk bila situasi macam tu sampai . Sebelum ni memang pernah jadi , tapi tidak sekerap sekarang . Dalam 4-5 hari ni , setiap malam saya rasa . Dan pada waktu sekarang sedang menaip pun saya masih rasa takut yang sama . Saya juga takut nak memandu pergi kemana-mana . Saya juga tak tahu pasal Anxiety Disorder Atau Panic Disorder . Yang saya pasti Pakar Psy cuma diagnos saya MDD . Boleh encik terangkan serba sedikit tentang simptom-simptom yang saya alami ni ada kena mengena dengan MDD yang saya hidap atau pun tidak .

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah rasa takut tidak berpunca ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • anxiety disorder
  • panic disorder
  • schizophrenia
  • agoraphobia
  • phobic disorder sama ada puan takut untuk tidur, takut pada situasi gelap dan sebagainya

Untuk pengetahuan saudari, penyakit di atas ini boleh ada di samping depressive disorder yang telah didiagnos oleh pakar psikiatri anda.

Sekiranya anda ada masalah untuk tidur, anda cubalah kaedah untuk memudahkan anda tidur seperti

  • mandi air suam sebelum tdur
  • tidur dalam suasana cahaya yang malap (tak terlalu terang dan tak terlalu cerah)
  • eksklusifkan tempat tidur anda hanya untuk tidur
  • makanan seperti susu mampu memudahkan anda untuk tidur
  • elakkan kafein seperti kopi dan teh sebelum tidur

anda juga boleh mencuba deep relaxation breathing technique apabila serangan takut melampau itu datang. Anda juga boleh berbincang dengan doktor untuk tindakan selanjutnya. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

devan-freeman-wIvTfS-e8Ls-unsplash

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)