
Sulit
3 tahun
Ketat dada dan sukar bernafas
Assalamualaikum/Salam sejahtera doktor. Saya lelaki berumur 24tahun belum berkahwin. Saya mengalami rasa ketat dada dibahagian tengah dan sukar untuk bernafas pada waktu malam. Penyakit ni datang macam selang seli. Dan berasa tidak selesa dibahagian bawah perut bahagian kiri rasa macam ada angin. Saya seorang yang kuat bersenam dan kuat berjogging dan tiada semput. Tapi semenjak hampir 1bulan ni penyakit yang tak diundang ni tiba dalam diri saya. Mohon penjelasan doktor, adakah disebabkan pemakanan saya? Adakah disebabkan saya banyak pikir/anxiety? Ataupun penyakit misteri? Mohon pencerahan dari doktor. Dan dalam situasi saya begini bolehkah saya mengambil vaksin covid19?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan ini.
Kami amat memahami keadaan anda dan akan cuba membantu.
Anda disarankan untuk mendapat perlindungan daripada Covid-19 melalui vaksin.
Anda akan dipantau oleh pihak kesihatan semasa anda telah habis mengambil vaksin.
Masalah sebegini mungkin kerana tekanan hidup yang melampau yang mengakibatkan keresahan.
Namun demikian terdapat banyak kondisi yang boleh memberikan simptom sebegini.
Hanya dengan pemeriksaan fizikal seseroang doktor boleh memberikan anda suatu diagnosis yang penuh.
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor melalui atas talian untuk maklumat lanjut.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.