Sulit
6 tahun
Ketegangan urat belakang leher
Saya berumur 20 tahun dan merupakan seorang pekerja di Pusat Jagaan Kanak-Kanak. Saya ingin membuat pertanyaan. Kenapa saya kerap berasa urat di belakang leher tegang terutama ketika saya stress, penat, dan mengantuk. Kadang sakit tu berpanjangan. Saya ada membuat pemeriksaan kesihatan di klinik misal kata ia berkait dengan darah tinggi atau darah rendah. Namun keputusan ujian mengesahkan saya sihat dari darah tinggi. Boleh Doktor berikan sebab kenapa ia terjadi.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh disebabkan oleh:
- Ketegangan otot kerana aktiviti seharian yang memerlukan otot di kawasan tersebut.
- Postur duduk atau diri anda yang tidak betul boleh menyebabkan ketegangan otot.
- Postur tidur yang kadangkala meregang otot leher atau menekan saraf di leher.
- Sentiasa menggunakan telefon bimbit atau komputer riba dengan meregangkan leher.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































