
Sulit
5 tahun
Ketegangan zakar tidak berfungsi
salam sejahtera, saya berusia 58 tahun, menghadapi masalah kencing manis sehingga kini menggunakan suntikan insulin, dan kerosakan buah pinggang, sudah menjalanan rawatan dialisis 3kali seminggu, masalah besar saya adalah ketegangan zakar langsung tidak berfungsi… Mohon penjelasan, terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Memandangkan anda menghidapi kencing manis, ia merupakan penyumbang utama kepada faktor kurang ketegangan anda.
Rawatan diperlukan bagi merawat masalah kurang ketegangan zakar. Namun begitu ubat ini biasanya memerlukan preskripsi doktor untuk mendapatkannnya. Oleh itu, sila rujuk masalah anda dengan lebih lanjut untuk mengetahui sama ada anda memerlukan ubat ini atau tidak dan sekiranya perlu anda boleh mendapatkannya dengan preskripsi daripada pihak kami. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi dan ubat yang sesuai. Terima kasih.