Sulit
2 tahun
Ketengangan urat tulang belakang
Doktor, boleh tolong saya cara mengurangkan ketengangan urat di tulang belakang dan juga penjagaan makanan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya:
- Ketegangan otot kerana aktiviti seharian yang memerlukan otot di kawasan tersebut.
- Postur duduk atau diri anda yang tidak betul boleh menyebabkan ketegangan otot.
- Postur tidur yang kadangkala meregang otot atau menekan saraf
- Sentiasa menggunakan telefon bimbit atau komputer riba dengan meregangkan belakang badan
Pelbagai teknik ataupun langkah mekanikal yang boleh dilakukan untuk mengurangi masalah ini. Antaranya:
- Mengamalkan postur badan baik amnya ketika duduk, berdiri, bersukan dan juga ketika mengangkat barang.
- Elakkan daripada melakukan aktiviti yang boleh untuk mencederakan tulang belakang.
- Memastikan berat badan berada pada tahap yang ideal.
- Bagi gologan wanita yang telah menopaus, anda digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan zat kalsium bagi mencegah masalah osteoporosis.
Tidak ada makanan khusus untuk merawat masalah ini. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan seimbang, yang memiliki cukup kandungan dan khasiat seperti buah-buahan dan juga protein(untuk kekuatan otot).
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!