
Sulit
4 tahun
Ketiak berbintik halus dan timbul yang gatal
Saya wanita berumur 23 tahun dan mempunyai masalah bintik halus yang timbul di bawah ketiak. Bintik itu kadang2 menyebabkan kegatalan. Apakah punca dan cara merawatnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketiak berbintik halus dan gatal. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab antaranya ialah:
- iritasi daripada bahan kimia
- iritasi daripada mencukur
- pengumpulan sel-sel kulit yang dah mati
- obesiti
- perubahan hormon
- jangkitan bakteria
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui punca masalah, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih