qoyumurodhiah
5 tahun
Ketiak tumbuh sesuatu
Saya remaja perempuan berusia 15 tahun, saya seringkali merasa sakit di bahagian bawah ketiak sama ada di sebelah kanan atau kiri, ianya akan tumbuh benjolan apabila saya makan daging, apakah sebabnya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang anda hadapi. daripada maklumat tersebut, terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan anda mengalami gejala benjolan pada ketiak ini, antaranya:
- Alahan terhadap bahan kimia dalam ubat ketiak atau deodorant
(Terdapat kemungkinan deodorant yang dikatakan semula jadi masih mempunyai bahan kimia yang kurang serasi dengan kulit anda) - Foliculitis; jangkitan pada folikel bulu ketiak
- Benjolan daripada kalenjar limfa yang bengkak
Selalunya permakanan daging dan benjolan di ketiak tidak mempunyai kaitan namun pemeriksaan lanjut diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut juga diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































