
Sulit
4 tahun
Ketidakseimbangan zat kimia dalam badan
asalamualaikum dokter apakah kesan ketidakseimbangan zat kimia dalam badan kita sbb saya sering nyeri perut lagi2 lps beberapa minit BAB terus sakit di bahagian rektum hingga kawasan abdomen
MOHON PENJELASAN DOKTER TERIMA KASIH

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh terjadi disebabkan ketidakseimbangan zat dalam badan. Kesuluruhan organ dalam badan akan gagal fungsi jika zat tidak seimbang. Tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kesakitan yang anda alami seperti:
- sembelit
- gastroesophageal reflux disease (GERD)
- keradangan diverticuli
- halangan dalam usus (intestinal obstruction)
- keradangan usus (penyakit Crohn’s dan ulcerative colitis)
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika anda:
- simptom berpanjangan lebih daripada seminggu
- simptom menganggu aktiviti harian anda
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.