
Sulit
3 tahun
Ketinggalan info bkaitan period dtg dan bhenti
Sy amalkan pil regulon…period onz time tp suka dtg 5-6hari kemudian stop kemudian 2-3 hari tu dtg balik… Kemudian stop… Sy juga ada bsm slps period bhenti… Adakah sy alami mslh kesihatan… Sy juga amalkan kaedah pencegahan kondom

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.\