
Anonymous
5 tahun
Ketuat di bahagian faraj
assalam doktor, sy berumur 23 tahun. sy baru berkahwin. semasa umur 19 tahun, ketuat tu start tumbuh dan ad sampai skrg. sy juga mengalami keputihan sejak di bangku sekolah. tentang keputihan sy dh berjumpa doktor dan doktor bgtahu keputihan sy normal tetapi sy risau tentang ketuat yg berada di bibir faraj sy. utk pengetahuan doktor juga, sy belum pecah dara sbb ketika bersama sy berasa sakit (sy tidak pasti samada sakit sbb pertama kali bersama atau sebaliknya). mohon doktor beri pencerahan ya, maaf jika ayat sy kurang utk doktor faham. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketuat di faraj boleh disebabkan oleh jangkitan virus HPV. Sebaiknya anda merujuk ke doktor untuk dilakukan tatalaksana awal yang bersesuaian dengan kondisi anda sebelum kondisi memburuk.
Merujuk kepada pertanyaan kedua anda, untuk makluman pihak anda, sakit dan perdarahan selepas kali pertama berhubungan seks boleh terjadi kerana peregangan selaput dara yang juga dikenali sebagai hymen. Selaput dara adalah sejenis daging nipis yang terletak pada pembukaan faraj anda. Selaput dara anda boleh diregang buka saat kali pertama anda mengalami seks melalui faraj, yang mana tindakan ini mungkin menyebabkan kesakitan atau pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.