
Sulit
4 tahun
Ketuat kelamin di penis
Doctor nak tanya saya mengalami ketuat kelamin baru2 ni saya jumpa satu produk di online namenya de nature bos tu suruh saya ambil salap djie dan anpiloma saya tak tahu ia berkesan atau tak jadi ingin penjelasan dari doctor penjual tu juga suruh saya beli satu set,satu set mengandungi kapsul(Gangjie,pipeca,kapsul BD,dan Ghosiah setiap ubat ini ada kesan kata penjual itu saya masih muda tidak mahu keluarga mengatahuinya jadi ingin solve sendiri harap doctor membantu saya kalu bole tinggalkan no telfon doctor bole so I bole hantar pic kat doctor biar lebih jelas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, ketuat kemaluan ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Kebanyakan ketuat tidak membawa sebarang simptom atau gejala. Ia biasanya:
• Berwarna kulit atau merah jambu
• Lembut
• Mungkin timbul atau rata
• Timbul secara bersendirian atau secara berkumpulan
Ketuat biasanya timbul 3 minggu hingga tiga bulan selepas pendedahan kepada virus HPV. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar. Ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar.Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera. Anda juga digalakkan untuk tidak mengambil sebarang ubat-ubatan sebelum mendapat nasihat daripada doktor bagi mencegah komplikasi daripada berlaku.
Anda boleh menghubungi doktor kami di talian dengan mengklik link DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan penerangan yang diperlukan. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.