
Anonymous
2 tahun
Ketuat /kulat pada dubur
Saya perasan di dubur saya semacam ada ketumbuhan ketuat berwarna putih tapi tidak sakit.Apakah ubat yg sesuai ya doc?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kebanyakan orang tidak akan mendapatkan rawatan untuk ketuat kerana ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Hal ini kerana tanpa rawatan ketumbuhan itu boleh hilang tetapi virus itu masih berada di kulit anda. Ini boleh menyebabkan ia tumbuh di tempat lain dan merebak. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Terdapat beberapa alternative untuk merawat ketuat. Sesetengah ketuat boleh dirawat dengan ubat topikal khas dinamakan krim Imiquimod yang boleh disapu pada ketuat. Jika ketuat besar, doktor akan membekukannya dengan menggunakan cecair nitrogen yang dinamakan cryotherapy.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih