
Sulit
5 tahun
Ketuat/kutil di pangkal zakar
Dr, di pangkal zakar suami sy ada tumbuh seakan2 kutil/ketuat berwarna seakan2 coklat gelap… tetapi tidak gatal atau sakit… adakah itu bahaya? tq dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, antara punca ketuat pada kemaluan adalah virus HPV. Namun begitu bagi mendapatkan kepastian, anda disarankan untuk membawa suami anda merujuk perkara ini kepada doktor. Ketuat biasanya boleh dirawat sama ada dengan ubat sapu atau pembedahan kecil jika diperlukan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.