
Sulit
5 tahun
Ketuat pada bibir faraj
saya wanita berumur 25 tahun, sy ada naik ketuat pada bibir kemaluan sy sejak seminggu yang lalu, adakah ini petanda sy telah dijangkiti virus hpv?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “ketuat” pada kemaluan anda boleh disebabkan oleh jangkitan virus HPV, jerawat, jangkitan kelamin ataupun kista (cyst). Untuk merawatnya, diagnosis yang tepat perlu diketahui dahulu. Anda boleh pergi ke mana-mana klinik yang anda berasa selesa.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.