
Sulit
5 tahun
Ketuk kepala berulang kali
Hi doc. Saya berumur 15t ahun. Saya sering stress akibat melakukan semua kerja rumah sampai tak ada masa nak buat homework. Bila tak buat homework, tak refresh balik apa yang belajar kat sekolah. Kalau tak refresh, nanti exam teruk. Bila exam teruk, kena marah. Dilabelkan " bodoh". Masaalahnya, saya je yang selalu basuh pinggan lipat baju apa semua. Adik saya tak buat apa apa boleh pulak. Semua marah saya even saya dah buat semua kerja. Bila nak buka buku je, mesti ada je benda kena buat. Disebabkan tu, setiap kali dah hasrat nak study tetiba kena buat kerja kerja rumah, saya selalu ketuk kepala saya. Pernah sekali tu tetiba hidung berdarah 2 kali ( 1st, around 2pm, 2nd, around 4pm) pada hari yang sama cuma saya tak ingat la pada hari itu saya ketuk kepala atau tidak kerana dalam masa yang sama, petang itu ada latihan kawad. Doctor, kadang lepas saya ketuk kepala, mesti saya menangis, keluar cecair macam hingus atau mungkin itu hingus. Adakah normal? Penat lah hidup baik mati je

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah hidung berdarah ini boleh berlaku akibat cuaca panas, kurang minum air kosong dan juga stres. Manakala hingus pula boleh disebabkan reaksi apabila seseorang itu mengangis. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan kaunsellor atau guru anda untuk meluahkan perkara ini agar mereka boleh membantu anda dari sudut pelajaran. Anda perlu percaya kepada kaunsellor dan guru anda untuk menolong anda kerana mereka pada masa kini tidak mengetahui situasi anda. Anda juga dinasihatkan agar tidak mengetuk kepala anda, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang tidak diingini. Jika anda boleh mendidik adik-adik anda untuk menolong hal kerja rumah, maka ia amatlah disarankan kerana tugas rumah tidak seharusnya terletak kepada anda seorang ataupun kepada wanita sahaja. Namun jika masih tidak berjaya, anda dinasihatkan untuk bercakap akan isu ini dengan kaunsellor anda agar perihal pelajaran anda dapat dibantu oleh pihak sekolah. Sekian.