
Sulit
4 tahun
Ketulan 2cm di celah vagina
saye ade ketulan di celah vagina antara lubang kencing dan lubang melahirkan baby … ketulan tu 2 cm … kali pertama ketulan tu muncul 3-4 cm … tapi pecah , keluar nanah dan darah … selepas sebulan , ketulan tu muncul balik saiz yang same … saye refer doctor dan doctor bagitahu itu adalah cyst … jadi doctor cume bagi antibiotik sahaja untuk kecutkan ketulan tu … ketulan tu pecah lagi tapi kali ni tak pecah sepenuhnye … ada sisa … dan bulan seterusnye , ketulan tu muncul balik … sekarang ketulan tu saiz 2cm … saye refer doktor dan doktor bagi ubat antibiotik yang sama … ape yang patut saye buat ? sebab ovary saye selalu sakit di bahagian kiri dan kanan … asyik nak kencing je … dan sakit bile bersama suami …

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu mempunyai ketulan di celah vagina. Puan juga telah berjumpa dengan doktor dan mendapatkan rawatan tetapi ketulan itu muncul semula.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca yang boleh menyebabkan ketulan di celah alat sulit puan tersebut adalah:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mengetahui punca ketulan anda serta keberkesanan antibiotik. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah jangkitan kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.