Sulit
2 tahun
Ketulan besar sakit di payudara
Saya berumur 21 tahun. Di bhgn bwh payudara terdapat ketulan yg besar dan sangat sakit sehingga mengganggu pergerakan saya. Terutamanya jika saya di posisi tidur sama ada baring dan juga mengiring di kedua-dua belah kanan dan kiri. Saya perlu mengangkat tangan ke atas utk mengelakkan kesakitan . Di bghian itu juga terdapat bengkan dan kulit luar menjadi merah .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami kebenjolan di bahagian payudara bersertakan sakit dan kulit merah. Kami akan cuba memberi penjelasan mengenai masalah anda.
Kebenjolan dan sakit pada bahagian payudara boleh disebabkan oleh beberapa perkara berikut :
- Fibroadenoma
- Breast abscess
- Fibrocystic breast disease
- Skin abscess
Selain itu, terdapat penyakit yang lebih serius yang boleh dikaitkan dengan simptom anda, iaitu kanser payudara. Bagi mendapatkan diagnosis yang sebernarnya, kami menyarankan agar anda merujuk kepada doktor bagi mengenal pasti punca masalah anda.
Anda boleh menghubungi kami untuk mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor secara atas talian.
Harap jawapan kami membantu anda.
Terima kasih.