
Sulit
5 tahun
Ketulan dalam perut dan sakit tulang belakang
saya 38 tahun, selepas melahirkan anak 3 tahun lalu, saya selalu merasa ada ketulan akan timbul di atas pusat setiap kali saya baring, dan kadang2 ketulan itu bergerak mengikut badan saya (mengiring kiri & kanan), jika saya menekan perut terasa ada sedikit kesakitan. Saya juga selalu sakit tulang belakang (tulang di bahagian tengah belakang saya). Saya juga selalu mengalami kahak dan lendir yang berdarah. Mohon nasihat doktor, ribuan terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda hadapi mungkin disebabkan oleh punca yang sama atau berbeza. Antara penyakit yang mempunyai semua gejala yang anda hadapi serentak adalah penyakit barah. Anda tidak perlu gusar, terus berjumpa doktor sama ada di klinik atau hospital atau bercakap secara terus dengan kami bagi mengesan punca sebenar masalah anda, seterusnya menerima rawatan yang terbaik.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.