
Anonymous
5 tahun
Ketulan darah kerap keluar
Kawan saya seorang wanita berusia 36 tahun, tidak bekerja dan mempunyai 2 cahayamata berusia 16 & 13 tahun dan dilahirkan secara normal. Seringkali mengalami masalah seperti keluarnya ketulan darah yg pekat dalam kekerapan 3 kali seminggu, dan jika berlaku dalam sehari terjadi 3 kali ketulan darah yang pekat akan keluar. Setelah itu, badannya akan menjadi lemah serta kakinya menjadi sejuk. Dia tidak pernah ada sejarah penyakit silam yang kritikal. Terbaru ketulan darah yang keluar agak ganjil berbentuk seperti bebola kristal yang bercampur darah. Bolehkah saya mengetahui proses² lanjut yang perlu kawan saya lakukan dan apakah simptom penyakit yang dialami beliau. Terima kasih atas kesudian tuan / puan menjawab kemuyskilan saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Secara umum, darah bebola yang keluar dari vagina dapat disebabkan oleh beberapa hal seperti:
- polip
- adenomyosis kondisi di mana tisu endometrium tumbuh ke otot rahim
- mioma rahim sejenis tumor
- hyperplasia adalah penebalan sel
- malignancy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.