
Sulit
4 tahun
Ketulan darah selepas keguguran adakah normal?
Saya berumur 21, pada hari kedua puasa bersamaan 26.04.20 saya telah mengalami keguguran dan pendarahan. Tetapi sehingga kini saya dapati setiap kali membuat air kecil terdapat seketul atau dua darah yang keluar sedangkan saya tidak period ketika itu. Apa ya masalah yg sedang saya hadapi ini.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kita harus mengenalpasti samada ketulan darah tersebut adalah haid atau gejala kencing berdarah. Jika ia keluar hanya sewaktu anda membuang air kecil, terdapat kebarangkalia bahawa anda sedang menghadapi gejala kencing berdarah. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- keradangan pundi kencing atau buah pinggang
- masalah buah pingang membengkak dan mempunyai banyak cysta (Polycystic Kidney Disease)
- Masalah buah pinggang (Sindrom Nefritik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.