
Sulit
4 tahun
Ketulan di bekas operation appendiks
Saya wanita berusia 19 tahun, telah menjalani pembedahan appendiks lebih kurang sebulan yang lalu. Di minggu pertama, luka mula membengkak kehijauan dan setelah surut ada nanah yang keluar di belah kanan luka tapi telah kering setelah disapu ubat.s saya juga pernah muntah sekali. Kini, sebulan dah berlalu tapi saya masih berasa sakit di bahagian luka terutamanya di bahagian bawah luka ataupon di pinggang, dan rasa sakit seperti bengkak apabila bahagian atas luka ditekan secara perlahan. Apabila saya rasa di bahagian luka tersebut, di bahagian kanan luka itu saya dapat rasa ada ketulan yang agak besar. Soalan saya, adakah ketulan ini normal dan berkaitan dengan rasa sakit yang saya rasakan? Apa yang perlu saya lakukan?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ketulan pada bahagian appendiks boleh disebabkan:
- Bisul
- Jangkitan kuman
- Ketumbuhan appendix
- Ketumbuhan kulit
Apabila luka anda membengkak dan mengeluarkan nanah, ini bermakna anda telah mendapat jangkitan di bahagian jangkitan anda. Anda sepatutnya melawat hospital untuk memeriksa luka pembedahan anda dan melakukan pembersihan luka. Saya sarankan anda berbuat demikian dengan segera supaya proses pemulihan luka pembedahan anda tidak terganggu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.