
Sulit
4 tahun
Ketulan di belakang tengkuk
Saya berumur 32 tahun mempunyai ketulan die belakang tengkuk. Saya pernah merujuk kepada klinik swasta dan doktor ada mengatakan ketulan tersebut ialah sis. Ketulan di bahagian tengkuk saya kadang kadang akan gatal dan ketulan ni juga berbau ,saya tidak selesa dengan keadaan ini.ketulan ni tidak mendatangkan rasa sakit.
Saya ingin mengetahui apakah pendapat doktor tentang masalah yang saya alami ni. Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- sis kulit @ dermal cyst
- ketumbuhan kulit yang jinak (baca: benign tumor)
- ketumbuhan kulit yang ganas (baca: malignant tumor)
- gejala inflamasi kulit
- kelainan-kelainan yang lain
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Secara am-nya, sis atau cyst merupakan sebuah kelainan akibat dari gumpalan cecair tubuh. Cecair itu boleh berasakan dari cecair yang jernih atau kotor. Namun kami berpen
Masih risau dengan keluhan anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Antaranya:
- analisis gejala dan sejarah pesakit yang lebih komprehensif
- pemeriksaan fizikal
- pemeriksaan darah
- pemeriksaan-pemeriksaan lain (sekiranya perlu)
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.