
Sulit
4 tahun
Ketulan di ketiak yang muncul secara tiba tiba dang menghilang beberapa hari selepasnya
Saya berumur 18 tahun bleh sye tahu kenapa kadang² ketulan yang sakit tumbuh pada ketiak dan kadang² sakit di bahagian payudara

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Sakit pada payudara adalah perkara normal jika anda sedang datang haid, hamil, mengalami trauma. Jika terdapat kemerah-merahan, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman, kelenjar susu tersumbat sehingga menyebabkan keradangan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.